Kursus Pra Perkahwinan

>> Sunday, February 28, 2010

Kursus ini merupakan kursus yang perlu diambil oleh bakal-bakal pengantin yang akan melangsungkan perkahwinan. Ia bertujuan untuk mendedahkan bakal pasangan suami isteri dengan alam kekeluargaan. Memberi panduan kepada bakal pengantin bagaimana berhadapan dengan halangan dan kekangan dalam alam perkahwinan dan membina rumah tangga yang bahagia dan diredhai Allah.


"HIKMAH PERKAHWINAN"

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Sesungguhnya lelaki dan perempuan yang muslim, lelaki dan perempuan yang mukmin, lelaki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya, lelaki dan perempuan yang benar, lelaki dan perempuan yang sabar, lelaki dan perempuan yang khusyuk, lelaki dan perempuan yang bersedekah, lelaki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, lelaki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah akan disediakan bagi mereka keampunan dan pahala yang besar"

(Al-Ahzab:35)

Read more...

INFORMASI TERKINI

KURSUS PRA PERKAHWINAN AKAN DATANG...

Tarikh: 13 & 14 MAC 2010

Tempat: TAMAN SETIA TROPIKA

Tempoh Kursus: 2 Hari

Pendaftaran: Sabtu, 7.30 Pagi - 8.45 Pagi

Waktu Kursus: Sabtu Bermula 9.00 Pagi - 6.00 Petang, Ahad Bermula 8.00 Pagi - 6.00 Petang

Bayaran Kursus: RM 120.00

Pakaian Lelaki: Baju Melayu Lengkap Dan Bersongkok

Pakaian Perempuan: Baju Kurung Dan Bertudung

Dokumen Yang Perlu Dibawa: 1 Keping Salinan Kad Pengenalan Dan 1 Keping Gambar Ukuran Passport (gambar yang disertakan: lelaki - memakai songkok, perempuan - bertudung

Read more...

Kemudahan dan Perkhidmatan Kami..

Berdaftar dengan Jabatan Agama Johor.

Menggunakan Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Islam Negeri Johor.

Penceramah-penceramah bertauliah.

Sijil Kursus dikeluarkan oleh Jabatan Agama Johor dan diiktiraf seluruh negeri di Malaysia serta tiada had tempoh.

Serahan sijil pada hari kursus.

Fail dan nota kursus disediakan.

Dewan Kuliah luas, selesa dan lengkap dengan kemudahan yang diperlukan termasuk surau.

Makan dan minum disediakan sepanjang kursus.

Khidmat nasihat sebelum, semasa dan selepas kursus.

Yuran yang berpatutan: RM120.00 (termasuk makan & minum dua hari sepanjang kursus).

Read more...

Borang Pendaftaran Online

Read more...